My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

arranged marriage
aritu, mak aku tetibe terserempak dgn kawan lama die.. aku mmg xpnah jumpe makcik tu. lama btul diorg berborak. & tetibe.....,

makcik tu nak jodohkan aku dgn anak lelaki dia.

aku igtkan x crius. tp...
mmg.betul.betul.serius.
& mak aku pon stuju.

anak lelaki die tu, adam, umur 25 tahun. gile arh. dahla da besar. aku xpnah jumpe die & aku xtau how am i supposed to marry him when i dont even know who he is. plus, i'm only 18! & diorg pulak nak kahwinkan kitorg as soon as possible. ya Allah, tolong aku!!

aritu, tetibe ade org add aku kat ym. & org tu adalah, adam.

die perkenalkan diri dia sbg anak makcik yg baru jumpe mak aku. lama la jugak kitorang borak2 kosong.. die taw psl perjodohan kitorg tp ms borak2 tu mmg x sentuh pasal topik tu pon. & die mcm baikkk sgt sgt dgn aku. our conversation xde unsur2 flirt, cume mcm pbualan antara kwn..

i wonder if he agreed with his mom's choice. biar btul die ni.
tp.. knowing that he's a nice guy, buat aku rase a bit lega. tp still! aku baruuu 18 tahun!!

aku tpikir. klu aku kahwin skarang,
  • aku mungkin akan disisihkan kat kyuem nnti
  • aku mungkin akan diejek dgn kawan2 aku
  • aku xbebas berkwn dgn semua org esp laki2
  • aku dah xleh nikmati zaman remaja aku
& most of all, klu kitorang xleh nak suke each other, cmne aku nak idup? leh ke aku tersenyum mcm dulu? & mungkin aku xkan pernah rase pengalaman bercint*.. & mayb someday, kitorang cerai, or, die kahwin lain. oh man. this' damn awful!!! xnak! xnak! xnak!!!

1 day ni pulak, aku blogsearch, lalu jumpe blog adam.
aku bace posts yg die crite sal pompuan2.. & slh seorg crush die, adalah, kawan.aku.sendiri. & of course, she's pretty. kwn2 pompuan die pon sumenye cantik2. & siapalah aku klu nak dibandingkan dgn diorg..

tjumpa jugak entri pasal ciri2 pompuan idaman adam.
1 pon xkene dgn ciri2 aku.

& tnpa disangka, rupanya adam & his mom dah buat sume persiapan. hantaran, jemputan, khemah, pelamin, everything. & tarikh dicepatkan.
oh.tidak.i.am.so.not.ready.for.this.

2 hari lepas,
sehari sbelum majlis pernikahan aku.
utk ptama kali, aku jumpe adam.
& he is such a good looking guy.

tapi.. aku dpt rasa yg.. die pon xnak kahwin dgn aku.

& akhirnya, aku buat kptusan,
aku nak lari mase majlis pernikahan.
& scara x sengaja, aku luahkan kat mak aku sal sume ni...& mak aku stuju dgn kputusan aku. sbb rupa2nya, mak sbnanye x rela sgt nak kahwinkan aku. lalu..., smalam, kol 2 pagi, aku bgn & lari dari rumah. aku naik teksi pergi ke 1 tempat jauuuuh dari rumah. spanjang perjalanan, aku pikir sal mende ni.

'by the time skrg ni, mesti tetamu2 dah sampai.
& mesti diorg sedar akan kehilangan aku.
mcm mana dgn mak & abah? adam? makcik?
dpt ke diorg menanggung malu?'

& akhirnya, aku ckp kat driver teksi,
'tolong pusing balik. saya nak balik kat rumah saya'

demi maruah keluarga, mungkin aku kene berkorban.

'eju...bangun.. dah pukul berapa dah ni? bangun..'

laaa...mimpi je rupenye!
naseb baik!! hahahahah


hehe syok

aku tgh syok ni.
aku taw mende alah facebook ni xde makna.
tp..
aku syok!
hahahahahahahahahahahah

ape die? tekak ko rase loya?
tolong jgn muntah kat sini.
aku baru je mop td. keh3

(dpt 1st ni, xde ke hadiah trophy ke, kereta sbijik ke, pakej pcutian ke.. =P)
engineering
i'm getting more & more confused. & frustrated.
pesal laa engineering ni byk cabang ha??
tension sey.


aku takut tersalah pilih.
aku xnak nnti aku nyesal. & x perform.


chemical engineering
aku tgk degree structure je, da rasa tension. bosan. sakit otak.
not my taste.
civil engineering
ramai org cdgkan. tapi. betapa ramai org amek kos ni.
sangat x glemer.
mechanical engineering
awal2 lg dah out dr list. sbb xnak la sama kos dgn abang aku.
lgpon i h8 machines
electrical engineering
electrical? r u kidding me? botak pala aku klu amek kos ni.
aku nak rambut
biochemical engineering
cam kool. tp ramai cakap 'membosankan'. lemah smgt aku dgr
bosan sgt ke?


oh, man. kalau la aku dpt jpa-architecture.
xde la pening2 cmni.
hmm. mayb ade hikmah. mesti ade.
but right now, aku sgt pening.
pening. pening. pening.
mane 1 do????

HELP!
hari istimewa =)
hari ni, 24 mei 2009 hari istimewa sbb ari ni adalah.. jeng3

birthday emak yg ke 53!

petang smlm, abah bagi idea buat kad besar2 utk mak & gantung kat dinding. so, aku pon ikut idea abah. tp aku buat kad nih last minute, so, hasilnye sgt burok! mase mak tido, aku pon gntong la kat depan bilik mak.. esoknye, mak bangun tido, mak terlanggar ketas tu sambil pisat2. hahaha.. mak sgt terharu =)




tgh hari tu, mak ngan abah pegi jemputan majlis kahwin. aku, kakak, & alang pon senyap2 keluar pergi beli kek secret recipe. tp mak abah smpai kat rumah dulu sblum kitorang. hahaha.. aku yg pilih cake. chocolate banana..igt nak beli cheese cake tp takut mak x suke. ingatkan nak share duit dgn kakak. tp alang yg bayarkan. last2, aku & akak cume bayar bahan2 nak buat spaghetti.



akak yg sblum ni x pernah buat spaghetti telah bjaya hasilkan spaghetti yg not that bad utk cubaan pertama! hahah.. sdap la jugak, cume spaghetti tu keras skit.



arini mmg sgt sgt sgt mengenyangkan & program diet aku tergendala. xpe, demi mak, aku sanggup makan byk! hahahahahahah (haram aku mmg nak makan pon sbnanye)




kepada mak,
eju sayang sgt2 kat mak. mak penah ckp, mak
xsanggup nak tgk eju blajar jauh2
dr mak.
klu nak diikutkan hati, eju pon xsanggup
tinggalkan mak. ape2 pon, smoga mak

panjang umur & dpt teman eju smpai eju tua =)



one litre of tears
dua hari ni, aku asyek nangis je.
sbb 2 ari ni, aku abeskan tgk 11 episodes crite '1 litre of tears'. 1st drama yg aku nangis kat almost every episode.


crite ni mmg NOT just another japan/korean drama yg x abis2 pasal konflik percintaan--it's something more. lebih2 lg, crite ni based on a TRUE STORY.


sangat rugi kalau x tengok!
mmg banyaaaaak sgt pengajaran yg boleh dpt dr crite ni.
[click here to watch this drama]


& the most valuable lesson i've learnt from this drama is,
walau sesukar mana ujian hidup ni,
just be strong!

sbb ade org lain yg tempuhi ujian yg lagi hebat
--tp masih mampu tersenyum

jadi, there's no reason for me to cry.


jgn lupe sediakan tisu!!
(aku nangis smpai 2-2 lobang idung tersumbat do.. hahaha)



p/s: klu xnangis tgk crite ni, aku blanje keju sepeket. tipu gile r klu x nangis. u'll definitely cry wlau stitik. aku gerenti.



KYUEM? what?
pada suatu masa dahulu,


Y cakap, "awak sekolah kat mana?"
eju cakap, "Kolej Yayasan Saad"
raut wajah Y bertukar terkejut.
Y cakap, "eh, awak ni umur brape? ambik course ape?"
eju cakap, "KYS tu sekolah menengah la.."





pada masa sekarang,


Y cakap, "lepas ni, sambung belajar kat mana?"
eju cakap, "Kolej Yayasan UEM"
raut wajah Y bertukar sedih.
Y cakap, "oh.. takpela.. asalkan dapat.."
eju cakap, "erk...? uh-huh"





xpe, eju, xpe.. masa ni, diorg xkenal tempat2 ko blajar.. mase depan, klu ko berusaha sungguh2, dapat masuk University of Oxford, sume orang kenal tempat tu. kehkeh.. u can do it, bebeh. smoga dapatlah hendaknya. Amin Ya Rabbal 'Alamin...



Akim AF7 tak dapat masuk OIAM


arini, bosan2 xde keje, aku gi merayau kat youtube, sesaje nak tgk vid akim af7.. woho smalam aku rase die berhak dpt nombo 2 do, tp nak wat cmne, sape suruh aku x afundi? klu aku afundi, konfem die juara trus. hahaha.. jimat kredit, jimat kredit.

bg aku aril tu suara xbrape nak power, cume die pandai wat persembahan je, plus, ensem. hohoh. xpe2 rezeki dia. lagipon akim da dapat motor sbijik, leh bawak aishah jalan2. hahaha.. tp siyes, aku rase diorg cam sesuai.

eh, lari dah dari topic td. aku merayau kat youtube, lalu tnampak la vid ni.. akim dpt top 60 mase nak masuk oiam tp xbjaya.. hohoh.

tp honestly, aku rase kualiti oiam lagi superb. tengokla final concert, mmg gempak habes. tomok, aweera, esther, 3-3 mcm bagusss gile persembahan diorg. konsert akhir af7 smalam aku dah menguap da, ngantok. mak ngan abah dah ttido da pon. kahkahkah
scandal aku & cikgu add math

teringat aku kisah dulu2. xde la 'dulu' sgt. last year je. aku pernah ade skandal dengan cikgu add math aku, mr tan! hahahaha bukan skandal betul pon, lah!! kawan2 aku je yg ejek. hazy, ella, lai, dll. (rindu mereka T.T) nak tau camne aku leh diskandalkan? camni kisah die..

ade 1 masa ni, dia slalu call aku.

statement xleh blaaah.. kehkeh. haram die call sbenarnye utk cakap pasal projek '100 days to spm launching'. aku kene design banner & bunting utk projek ni. biase lahh, aku, pemalas skit. suke buat keje last minute. & mr tan pulak terlalu excited & komited dgn projek ni, walaupon tugas mr tan hanya utk menyelia.

sampai 1 tahap ni, tahla, aku mase tu mengong skit. aku tension sbb asyik kene desak. lalu dgn bengongnye, aku lari mase mr tan panggil aku. & mr tan terasa hati...

dalam kelas add math, mr tan cerita kat satu kelas pasal tindakan aku tadi.

oh, my. aku terkedu. mase tu, aku cume ckp 'err.. i'm sorry, sir. i didn't mean to do that'. sejak tu, mmg aku senyap je bile discuss sal projek ni dgn dia. dlm kelas pon senyap. & 1 day ni, dalam kelas add math jugak, mr tan pujuk aku balik. die ckp die terlalu emotional mase tu. die ckp,

"sorry, ye.. senyumlah, haizumawati.."

hahahah.. aku cam.. terharu gak ah. die yg mintak maap balik. haram mmg salah aku. so, the moral of the story is, jgn sesekali kurang ajar dengan cikgu. jdkan kisah aku ni tauladan, sbb aku TERkurang aja skit dgn cikgu aku. T.T. sebab die la, aku berjaya dpt 1A add math. huhu

ape2pon yg cikgu2 buat.. diorang buat untuk kebaikan kita.. kalau diorg marah, diorg sebenarnya x bencikan kita.. diorang lah yg menolong melakar kejayaan kita.


HAPPY TEACHERS' DAY


p/s: kisah cikgu2 lain akan aku ungkapkan pada tahun2 berikutnye. hahaha


focus, eju, focus!

mulai hari ni, aku nak focus utk matlamat idup aku!! yeaaaahh!! 5 bulan cuti, melepak, buang mase, 1 period yg mcm dah lebih dari cukup. aku ade 2 bulan lagi dok kat umah & aku rase aku xnak bazirkan 2 bulan ni.. org len ade yg dah masok matrik, pastu bulan 6, masuk u. aku trase cam ketinggalan plak. & aku rs aku nak study buku2 matrik akak sbb akak ckp a level dekat nak same je dgn matrik. go eju!!

so, plan aku utk 2 bulan ni..,


  • 6.45 am : bangun, subuh.
  • 7.00 am : kemas rumah
  • 8.30 am : study
  • 10.00 am : masak
  • 11.30 am : bace newspaper
  • 12.00 pm : rehat, makan
  • 1. 00 pm : study, zohor
  • 2.30 pm : upik abu & laura
  • 3.30 pm : study
  • 4.30 pm : angkat baju, lipat, asar
  • 5.30 pm : study
  • 6.30 pm : tv
  • 7.30 pm : maghrib
  • 8.00 pm : buletin utama, isya'
  • 9.00 pm : tv
  • 10.00 pm : search psl useful infos kat tenet
  • 11.00 pm : fb, fs, ms, ym, forum, dll
  • 12.00 pm : bobom

arap2 xjadi mcm hangat2 taik hamster.. crius, aku nak focus btul2 kat studies. aku xnak pikir hal lain dah. mcm 2 posts sbelum ni, aku ade post pasal 'asal aku rase sedih?'. tidak. aku x sedih lagi.


mcm ape yg aku ckp kat acap yg tau secrets aku, 'aku xnak kisah pasal hal ni lagi. wat serabut kepala otak aku je'.

klu 18 tahun ni, aku boleh idup tanpe mende2 leceh ni, asal aku xleh lanjutkan lagi 2 tahun?

yes, of course, i can!! mak pon dah bagi nasihat; dah berjaya ke UK, baru ade bf. yes, mak! eju akan ingat pesanan mak =)



lorong kehidupan yg aku pilih
tajuk cam jiwang semcm... k whatever. kehkeh.. arini tadi aku gi KL, gi wisma PNB, dengar briefing sal PNB scholarship tuh. jumpe pnb scholars yg len.

pompuan ade 6 orang, lelaki 13 orang
.

gile ah sikit pmpuan. tp cam sronok sbb kawan 1 skolah aku, atie & anas dapat scholarship ni gak.. arini aku kurang puas ati sbb tudung aku buat hal pastu aku da lama x pakai high heels..pastu, jalan pon cam senget benget. dah la mase nak amik surat tawaran depan sume org tu, aku cam teragak-agak

"alamak ni lelaki ni. nak salam ke x. nak salam ke x"
.

last2, aku gi usha tangan die, pastu die pon hulur & aku salam hujung jari je. arghh!! malu weh.
tp xpe. lupekan aje. yg penting, aku excited gle tgk list universities die nih. sume dalam top 100 in the world. gile susah nak masok! klu la aku dpt masuk oxford.. fuhhh gempak uh. harap2 dpt..


PNB ckp, keutamaan pd UK.. memula kene buat A level kat kolej yayasan UEM utk 2 tahun. masuk 14 July. aaaaaaaaaaaaa lagi 2 bulan aku terperuk kat umah. xsabar do nak masuk. huhuh.

pastu, PNB kata kene wat medical check up kat hospital pantai right after jamuan. abah aku xsabar2 nak pegi, so aku & atie yang paling awal keluar tanpe tunggu yg lain. aku da cakap da kat abah, aku nak tunggu yg lain. biar pegi ramai2. tapi abah degil.

so, tibalah aku & atie kat hospital tu.. last2 dapat sms:


Salam, ada sedikit perubahan utk
buat medical check up. Tidak perlu
buat pd hari ini memandangkan surat
kepada hospital belum ditandatangani.
Tarikh baru untuk check up akan
diberitahu kelak. Salam. Halim PNB


ceitt.. ape daa PNB ni, aku ngan atie da siap isi borang da. hohoh. malu pon ade. dgr2 anas ckp kat atie, lepas jamuan tu diorg kumpul balik. mesti diorg tengok ade 2 orang dah hilang. hahahaha.. aku ngan atie da sampai dulu kat spital. -.-"

nway, aku begitu curious nak tau sape 'Curious' yg tegur aku kat shoutmix kat sidebar blog aku ni. xde sape2 tegur aku pon mase kumpul2 tu. hohoh. xpe r die tuh. adess
emak. i love u <3

mak!!!!!! hari2 adalah hari emak. bukan hari ni jek. =)

mak the best lah mak. walaupon mak xkan bace ni, sbb tu la eju nak puji mak ni. klu mak bace, mesti eju malu ="> hehehe.. 10 ogos 1991 mak lahirkan eju, stelah 9 bulan eju membuta dalam perut mak. & smenjak tu, mak jaga eju dgn penooooooooooooh kesabaran. eju tau eju byk menyusahkan mak T.T

bile eju nanges,
mak selalu tau camne nak pujuk.
bile eju hyper,
mak layan je kerenah eju.
bile eju gatal kat blakang,
mak selalu tolong garukkan.
bile eju ade masalah,
mak slalu ade utk dengar.

mak slalu pikirkan utk kepentingan anak2.
duit2 mak sume perabih utk anak2,
& mak xkisah..
sbb mak sayangkan kitorg.

smoga RAHAYA BINTI MOHD SAAD dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. smoga beliau dpt melihat aku menggenggam segulung ijazah, & dpt menemani aku sehingga ke hari tuaku..

sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang mak!! <3

we chatted for hours in the chatbox.
sometimes, we're running out of things to say..
wish i could tell u, how much i love this friendship.
but i keep it as a secret, every single day.

but now, it's too late,
u're already on your way.
& i keep blaming myself
for letting this chance slip away

i tried to hold back tears
but my heart is aching
why am i so sad?
what am i feeling?

maybe because u're important to me
& i.... am not important to u

maybe someday u'll forget me
but it's impossible for me to forget u..

friends till the end.
-eju-


"we never miss the water till the well runs dry"

umar=my ricardo kaka
dia hensem gile!

kulit putih melepak, rambut brownish black, tinggi pulak tu, pandai main bola, sbijik macam kaka ac milan! dah la rajin study, banyak hafal surah Al-Quran, pandai main badminton jugak. tapi 1 je.. die ni manja sangat ;)

dia ade panggilan manja untuk aku.
"BUCU"


hahahah.. die tu, xlain xbukan, anak along aku, umar bin hafizi.. umur 5 tahun.. aritu die ade perlawanan bola sepak antara tadika.. rajin betul practise. slalu ajak atuk ngan abah dia main bola. bila aku join je, die kata, "perempuan mane boleh main bola!". hahahahah.. keletah betul budak ni.

tapi, cikgu die suruh die jd keeper je. aiseh. apelaaaa cikgu die tuh. pastu 1st game, die jadi reserve je. haram die terer. mase budak 1st game tu jadi keeper, banyak bola terlepas masuk goal. mase umar main, banyak kali umar dapat tgkap. ade skali je terlepas, tu pon sebab bola tu disepak oleh budak saiz besar gedabak mcm budak darjah 2.


umar yg paling tinggi, pakai cap tu.

umar sempat posing.

dah besar nnti mesti die ramai peminat. full package r budak nih. muke ensem, pandai, soleh. mak die pandai didik die dgn didikan agama. abah die lak rajin suruh die belajar, control die dr asyik tgk kartun. hahah.

time die tidur umah nenek die, mesti die ajak aku main "mak, mak, mak, mak nak pergi pasar malam, mak nak beli baju warna apakah?". pastu aku akan sentiasa jawab "warna merah". hahah kengkadang malaz nak layan die main. lol

ensem kan?
video for republic of 1991
sebelum korang tengok, aku nak menyusun jari-jemariku yg halus ni (cewahh) mintak maap jika video ni buruk nak mampuih. gune windows movie maker je.. hehehe.. apa2 pon, video nih dibuat dgn penuh keikhlasan... hohoh.. kire cam farewell video la gak, sbb kite nak sambong blajar xlama lagi, kan ='(

hope u guys like it..




sori jugak kepada nama2 yg tertinggal, & klu description pasal diri korang tu tidak disenangi..hehehe.. sume description tuh adalah gurauan semata-mata!! =)

plus, susunan gambar adalah RANDOM. sori kalau ada yg secara X SENGAJA, gambar2 mereka sebelah-menyebelah. hahahahahhahaha =P


special thanks to:
  1. eyi : mencadangkan utk buat vid ni
  2. bihah : tolong carik info sal org2 yg aku kurang kenal
  3. myra : tolong carik gambar
  4. wany : tolong sumbangkan gambar kat ms
  5. acap : tolong mengkritik video aku. hahah

edit:
pasni, aku mungkin akan jarang online sbb akak aku dah balik utk cuti sem... so, aku ucapkan all the best & selamat maju jaya kpd sume yg nak bertolak ke institusi pengajian masing2.. goodbye my friends!!!!!! =)
amirfazwan yg rase2nye kurang siuman sbb die tag aku sbg org gila yg ensem. huhuh.

3 perkara yang anda rasa gila
- tumbuk org bile rase geram
- orang offer nak belanja, pastu tolak
- tergedik-gedik depan orang ramai. x malu


3 perkara yang boleh buat anda gila
- bile ricardo kaka ade kat depan aku, senyum kat aku aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!
- surf internet, xtau nak buat ape. asyik refresh page yg sama
- xde kredit tapi dapat byk msg. xleh nak reply


3 perkara gila anda pernah lakukan
- confess kat crush aku (aaaaaaaaaa siyes aku xkan buat lg. never!)
- pegi audition pertandingan nyanyi
- masa kat asrama, night walk dengan amanda & azza, bawak biskut tiger, pastu lari lintang pukang sebab guard nampak.

3 perkara gila anda teringin lakukan
- naik ke tingkat teratas klcc guna tangga
- bela sume jenis binatang kat 1 rumah khas, macam mini zoo.
- kahwin ngan ricardo kaka

3 perkara gila anda tidak akan lakukan
- minum arak, isap rokok, isap dadah
- bunuh diri
- bukak tudung (ramai kwn2 aku da buat.. aaaa..)

3 perkara gila yang mencuit hati bagi anda
- org puji aku ensem
- org buat lawak xjadi
- org pujuk aku walaupon aku xmrajuk.. hihihi


orang gila yang anda ingin tag:

1. arc (blog die dah makin gila =P)
2. khairi nairfan (bersin secara gile..hahah)
3. kakak (die ni mmg gile)
4. bihah (status die kat ym mmg gila =P)
5. aiman (kegilaan sama spt org di atas)
6. sapa2 yg lain yg gile, sile buat
award dari areefah, eida, myra, iza, eyi, pene, amani
-------------------------------------------------------------------ramai cakap aku ensem mase bg award ni. nak wat camne, dah org puji... malu la ni =")

1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda..
2. Nyatakan 1 fakta menarik tentang pemberi award ini..


  • AREEFAH- kiut btul la budak ni. picit pipi kang
  • EIDA- aku rase die nih sopan santun, ayu, versi PMT (pompuan mlayu last)
  • MYRA- sanggup tolong aku diwaktu aku memerlukan.thanx, bebeh!!
  • IZA- eeeeee comelnye ini budak
  • EYI- nak jadi aeronautical engineer. cool gle ouh
  • PENE- kecek klate meme pekat gilo
  • AMANI- nak jadi pakar orthodontik. smoge bjaya!

3. Setiap blogger mesti menyatakan 3 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

  • 1. ensem
  • 2. anak dara sejati (ramai salah paham ingat aku lelaki. hohoh)
  • 3. suke makan keju

4. Anda perlu memilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka

sume orang cam da dapat je..sape yg belum, sile amek.



awards dari kakak yg gedik, hazieyati
----------------------------------------------------
1.nyatakan 3 sebab nape bangga jadik pompuan

  • leh guna lipstick, eye shadow, blusher, mascara, eye liner, lip liner, concealer, compact powder, ape lg eik. sume barangan make-up
  • sbb xyah risau pasal duit.
  • sebab banyak pilihan baju yg chantek2..

2.pass award nih kat pompuan chantek

bihah, myra, iza, amani, eida, kyna, fawh, jaein, pqah, ripah, arina, ayne, fa, kiko, sape lagi ek. sume org pompuan, sile amek.


anugerahkan award ni kat org yg mesra & berinspirasi

khairi nairfan, arc, bihah, feeq, myra, wany, ripah, iza, death, selamat, fa, mira, afiq, eyi, pene, eida, pqah, fawh, kyna, safwan,aiman, amirfazwan, amyny, syeraazmi, amani


sebenarnye, aku memandai je tukar rules. cth: dari 10 fakta jadi 3 fakta. malaz deyh nak wat byk2..hehehehehehehe

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino