My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

eju baru
it's already 2010.
means it's time to reinvent myself =)


yes. ini la azam baru aku.
nak jadik eju yang baru

aku nak tinggalkan:
eju yang pemalas gile nak buat hw
eju yang suka berhutang esp bila ada fund raising sale
eju yang suka berangan & buang masa & kuat tidur
eju yang jarang senyum (yeke?)
eju yang tak konfiden dgn diri sndiri
eju yang low self-esteem
eju yg risau pasal benda2 kecik
eju yang pendiam

semua ni nak buang jauh-jauh.

& aku nak jadi opposite dari diri aku yang dulu.
eju 2010, eju baru. insyaAllah =)

"You are never who you think you are.
You can be anyone you want"
Steve Chandler

Happy New Year, everyone!
=D
2009: tahun bosan
sperti yg aku buat tahun lepas, satu entri penggulungan buat tahun 2008, kalini penggulungan utk taun 2009 lak. 2009 adalah tahun yg paling bosan dalam sjarah hidupku, sbb cuti 7 bulan kat rumah tanpa kerja, mmg.. bosan. duk kat kyuem pon kadang2 terasa bosan gak. aku mmg jenis cepat bosan kot -.-"
tapi, tahun 2009 ni,
aku banyak mencuba benda2 yg baru.
tahun yang penuh dgn 'kali pertama'. agak seronok la sebenarnya.=)


1st time bergiat aktif dalam forum
kalau org lain sibuk dgn facebook, myspace, etc; aku pulak sibuk berforum. forum ni mmg best sbb ramai org best2. ini dia link. thanx Skyevo Studio, sbb bagi aku jadik head GFX Crew =D

1st time bela hamster
miley kurus & justin tembamlake yg comel2 belaka. tp dua2 ekor da meninggal. T.T


1st time bergambar dgn selebriti tanah air
aku xde la minat sgt mereka tp iqram dinzly hensem okey..haha =D


1st time blajar bawak kereta & amek lesen
fuhhh pengalaman yg xkan aku lupa sampai bebila.teringat kat jpj misai tebal yg gagalkan aku tu. cis. xpe2, yg penting aku terhutang budi kat pakcik yunus yg sabar mengajar aku. =)


1st time naik teksi & ktm
aku mmg jarang gile naik pengangkutan awam. seronok pulak naik ktm. mcm naik roller coaster versi selow sikit.



1st time reti bawak basikal
thanx, cikgu intan! dah reti naik, terasa nak naik hari2 lak. pastu pegi beli goreng pisang. =D



1st time rasa tenang bile nak masuk kelas physics
klu dulu, aku mmg x suke gile msuk kelas physics. tp skrg kelas physics la yg paling rileks. tablemates pon best =D


1st time donate darah
wohooo, xde sape yg tau mcm mana takutnye aku masa ni. mula2 nak batalkan niat, tapi jannah & asri meyakinkan aku utk derma jugak. aku harap darah aku yg manis ni akan disalurkan pada org ensem. hahaha! xD


banyak lagi sebenarnya '1st times' yg aku x mention. xpelah, malas nak tulis banyak2. bukannye orang baca pon. kecuali ko, yg tgh baca skarang. hahah ;)

lepas ni nak buat azam baru pulak. 20 fasal.
moga2 tahun 2010 ni
lebih baik & menceriakan.
amin.. =)
pancaindera
paper pancaindera, 27 disember, page 21
heheh..
aku memang xde keje nak mencapub.
berpeluh-peluh mila nak jawab soalan aku. xD

terima kasih, kawan
"A friend is someone who knows the song in your heart,
& can sing it back to you when you have forgotten the words"
eju : thank u for singing it back to me =)

kadang2, bila kita bersedih, kita menangis sorang-sorang.
sorok dalam bilik, tekup muka dgn bantal, menangis puas-puas.
keluar bilik, buat muka cool habes. bajet macam xde ape2 yg jadik.

sebab kadang2, kita fikir, kalau cerita kat seseorang pun,
orang tu xkan faham perasaan kita. jadi lebih baik simpan sendiri, kan?

kadang2,
kita x reti nak tunjuk perasaan kita yg sebenar.

sebab kadang2, sebenarnya kita terlupa,
yg kawan itu sentiasa ada utk mendengar mslh kita.
kalau bukan untuk mendengar sekalipun,
dia ada untuk buat kita tergelak dgn lawak2 bengong dia..=)

& kepada kawan2 semua,
eju sentiasa ada kalau anda perlukan seseorang. insyaAllah
=)
"if you hold on too tight,
it might slip away"


quote diambil dari cerita 'Dil Chahta Hai'. channel Zee, 9.00pm tadi.
lirik lagu dia pon best jugak. Dil Chahta Hai maksudnye 'the heart desires'.
semua orang nakkan kesempurnaan & kegembiraan dalam hidup,
tp kadang2, kita tak boleh terlalu berharap,
utk dapat keinginan hati kita...

so, kesimpulannya, tgk la crite industan ni.
haha... dah lama aku x layan hindustan.
hensem la pulak amir khan masa muda.
abah ada facebook!

tadi aku tinjau abah tgh tengok apa la kat depan skrin komputer tu.
khusyuk betul abah.
eh? macam kenal je website ni?

alamak.
abah
dah
ada
FACEBOOK!

lepas abah sedar aku tinjau, cepat2 dia bukak page lain.
cis. dah pandai ye, abah skarang?
seb baik masa aku tengok tu, abah tengah bukak profile akak aku,
hazieyati binti jamil
(habes laaa akak.. hahahah =P)

cepat-cepat aku masuk bilik, bukak fesbuk, & tukar privacy settings.

semua dah set kepada 'only friends'
especially yg 'website' tu. mampus akuh klu abah jumpe blog ni. hahaha
haih. bijak betul abah buat akaun fesbuk.
aku tak pernah ajar pun.
tapi senang kan nak buat?
salah aku jugak sbb aku da tolong abah buat e-mail.
senang sket keje abah nak sign up facebook. -.-"
setahun terjalin

teka arini hari apa?
jeng jeng jeng
arini usia blog DUNIA EJU
genap setahun!
weehooo! =D

dah setahun rupenye aku menjalinkan hubungan dgn blog ni. berkongsi rahsia, suka & duka. wah! bercerita pasal kronologi ambik lesen, kronologi bela hamster, pasal mencari scholarship, pasal idup kat kyuem,& lain2. walaupun mula2 fungsi blog ni sebenarnya nak isi masa cuti aku pas spm last year je. dah xde keje nak buat. bohsann.


so, lepas setahun berkecimpung dalam karier tanpa gaji ni,
ini entri-entri dalam blog ni yg agak menonjol sikit;
(klik pada tajuk klu nak baca & bazir masa)

entri yg paling merepek:
CSI: Port Dickson (June 3, 09)
entri yg paling sedih meleleh:
Kematian & kehilangan (April 25, 09)
entri yg paling ceria terover:
entri yg paling emo meletop:
kepala aku (Sept 30, 09)
entri yg paling lama & berpeluh nak disiapkan:

& akhir sekali,
jeng jeng jeng...

entri yg paling mendapat sambutan:

nampak sangat korg suma suka pasal kahwin-kahwin ni kan? ish ish ish
transformasi


aku bukan nak cakap sal transformer atau megan fox yg cun.

tapi pasal blog aku nih.
nampak tak dah di-transform?
kalau xnampak, pendek umo (orang tua2 cakap, bukan aku ckp). ni ha, blog template aku dah ditukar.. cantik tak? aku suke tgk kanak2 tu, macam slogan '1Malaysia'. tapi rindu la pulak template lama.

tapi takpe.
memandangkan dah nak masuk tahun baru,
aku nak masukkan aura baru kat blog bosan ni.
kadang2, kita perlu memberi ruang pada perubahan =)

laki vs pompuan
korang baca paper Mingguan Malaysia x?
paper Kesihatan ada ruangan 'hati seorang lelaki' oleh penulis yg menggelarkan diri dia 'bro', mungkin sbb xnak identiti diketahui, takut kena baling dgn kasut tumit tinggi sbb dia selalu mengkritik wanita di ruangannya. tapi aku suka baca. mostly yg dia ckp btul tapi kekadang je over sket.

selalu terdengar di corong telinga;
perempuan ni kuat mengumpat
perempuan makeup, x bersyukur
perempuan ni sexist gile
perempuan x pandai simpan rahsia
perempuan kuat membebel
perempuan bla bla bla

hahahah.. ade2 aje kan. xpelah.
yang aku mau sampaikan disini, pompuan & lelaki dua-dua ada kebaikan & keburukan masing2. bukan semua perempuan & lelaki sama. & kita selalunya nampak keburukan daripada kebaikan.

jom kita cuba fikir positif saje
pd sume org =)

& btw, ade terbaca kat blog senior aku,
pompuan suka tangkap gambar muncung mulut, kembungkan pipi. lelaki pon sama je. cube jelajah myspace.com & lihat buktinya. ahaks.
ini gambar2 yang sempat aku cilok dr myspace.
mampos aku klu kantoi ngan pemilik gambar. haha

diari abah
tadi aku selongkar laci.
terjumpa diari abah tahun 1992.


catatan 10 August 1992;


"Ulang tahun kelahiran Haizu yang
pertama. Haizu sudah pandai jalan
sikit2.dia merupakan anak yang paling
comel dan nakal"

aawww!
sangat sangat terharu okey!
thanx abah.. =')


catatan ni dibuat masa umur aku 1 tahun.
masa aku baru je belajar jalan,
masa aku xtau apa2, x faham apa2
tapi skarang aku dah besar gajah.
semua benda aku dah leh faham.
hidup aku dah banyaaaak berubah.
(& dah makin kurang comel & nakal. haha)


nak putar balik masa boleh tak? T.T

sharbinee

sharbinee, goalkeeper malaysia ni,
dia sebenarnya kazen aku.. slalu jumpe time raya.

& nak tau x?
aku rase kan,
malaysia menang 1-0 dgn vietnam sbb aku tengok.=D

seumur idup aku, aku x pnah tgk bola sampai abes. slalu tgk skejap, pastu da bosan sbb x masuk2 goal. asyek tendang sana, tendang sini. baik tunggu result je, senang crita. bile kaka main je aku macam excited skit. tp still bosan gile. tapi arini, 1st time dow aku tengok full.

fuhh, cair tgk goalkeeper malaysia, sharbinee.
terer kot dia jaga gol.. goalkeeper vietnam tuh, x abes2 sakit. kluar je la, bukannye hebat pon. drama lebey. haha.. bak kata akak aku, "bukannye ensem pon". hahaha.. sharbinee gak yg ensem. & btw, jgn percaya ape aku ckp kat intro tu. tipu je =P

& kesimpulannya,
aku hepi malaysia menang!
bak kata sume org, penantian 20 taun.
tp aku tunggu 18 taun je.
weehooo!


p/s: salam maal hijrah =)
tahi bersih
pssst..

kepada yg sempat baca entri aku smalam,
aku da delete entri tu sbb aku pun da rasa jijik, loya, & geli geleman nak bukak blog sendiri. ahaha..
so, utk ganti kejijikan entri pasal tahi kotor,
ini adalah rahsia2 tahi lalat =)

  1. Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
  2. Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
  3. Ubun-ubun - kurang jujur
  4. Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
  5. Di Kening kanan - cergas dan cekap
  6. Di kening kiri - cergas dan sopan santun
  7. Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
  8. Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
  9. Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
  10. Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
  11. Di alis kanan - baik hati, suka menolong
  12. Di alis kiri - ramai yang suka
  13. Di pipi kanan - ramai teman
  14. Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
  15. Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
  16. Pada hidung - banyak rezeki
  17. Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  18. Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
  19. Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
  20. Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
  21. Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
  22. Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
  23. Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
  24. Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
  25. Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
  26. Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
  27. Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
  28. Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
  29. Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
  30. Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
  31. Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
  32. Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
  33. Tetek kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
  34. Tetek kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
  35. Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
  36. Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
  37. Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
  38. Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
  39. Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
  40. Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
  41. Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
  42. Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
  43. Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
  44. Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
  45. Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
  46. Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
  47. Ketiak kanan - menyimpan rahsia
  48. Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
  49. Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
  50. Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
  51. Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
  52. Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
  53. Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
  54. Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
  55. Betis kanan - suka berpoya, boros
  56. Betis kiri - tidak suka menganggur
  57. Tumit kanan - jujur, banyak kawan
  58. Tumit kiri - baik budi
  59. Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
  60. Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
  61. Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
  62. Lutut kiri - kurang berusaha

yang aku bold tu aku punye. hehee
tapi aku rasa macam x betul je..
eju? cergas & cekap??
hahahaha lawak dow..=))
aku nak bangun pagi pon malas. gi sports lagila malas.
cergas & cekap?
aish, jangan percaya rahsia taik lalat ni. haha

home facial
cantek kan kulit model di atas?

haih. ade org ckp, iklan2 yg tunjuk model cantik2, membuatkan kami, orang biasa yg kurang cantik berasa rendah diri & hilang keyakinan. seperti satu diskriminasi kpd yg kurang cantik.

betul ke?

aku, personally, rasa iklan2 yg tunjuk model cantik2 ni sbenarnya lagi influence aku utk beli. mmg strategi pemasaran yg bijak. sebenarnya, ape yg aku membebel ni xde kaitan pun dgn ape yg aku nak share harini.

cuti ni, timbul beberapa ketul jerawat atas dahi aku.
aku cool je, tapi mak risau habes. ahaha..
lalu mak pun buatkan aku masker untuk ditepek atas muka. petua orang dulu2 utk wajah bersih berseri.

campurkan;
serbuk kulit kayu manis,
putih telur,
limau nipis

gaul gaul gaul, pastu letak atas muka. biarkan selama 30 minit. tapi kena tahan la bau 'harum' & xboleh nak gelak sbb muka jadi tegang. dah tu, basuh dgn air suam. kulit jadi licin, beb.. x tipu! =D

try la!
hanna sofea
pada 10 disember 2009,
lahir lah seorang anak dara jelita di kelantan
tengok la sape mak usu dia. hahaha

congrats to alang & kaklang!
baby girl pertama selepas 3 hero yg meriahkan family ni.
x sabar nak tunggu dia besar. klu ade kesempatan, nak ajar dia 'girls stuff'. oyeah, jadi perempuan sgt best okayyy.. sbb tu ramai lelaki nak jadi perempuan. ahaha=D

selepas seharian alang fikir nama,
dapat lah nama,
Hanna Sofea binti Hazani
best kan? cayalah alang. kreatif pilih nama.
=)
tick tock
tadi report card sampai.
sekali dgn calender 2010 & headmaster's letter.


& nampak tak tuuuu...??
april 2010 dah trial exam, may pulak A level!!
GILE AHHH.. TIME IS RUNNING OUT!
lima bulan je lagi weh. tidak lama. sangat sekejap.

dah la result 1st sem ni kurang memuaskan.
camne nak masuk imperial nih.
kena dapat A* untuk Math. aish. susah. tapi x mustahil kan?
T.T
kasih kekasih
perkahwinan Jamil & Rahaya kini telah berusia 33 tahun =)

semalam, mak pergi Kelantan.
sebab kaklang dah sakit nak bersalin. xlama lagi mak dpt cucu baru & aku dpt anak buah baru! yeay!! =D abah x ikut gi kelantan sebab abah xleh jalan jauh. nanti muntah2. aku lak x ikut sebab.. nak buat homework (uhuk2)


apa yg aku nak bagitau arini is,
betapa abah aku sayang kat mak =)
smalam, masa mak tgh dlm pjalanan, abah risau betul. xboleh duduk diam. asyik tunggu mak talipon. klu x sabar, abah sendiri talipon. abah senyap je spanjang hari. risau tgk.

harini lak,
bangun2, tengok semua dah siap.
baju dah basuh, sarapan dah siap dimasak, katil sndiri dah kemas. aish, rajin betul abah. abah cakap kat aku,"makan la nasi goreng tu, abah masak x sedap sgt". bunyik mcm rindu kat mak je? ahaha.. pastu, abah call mak. excited btul abah borak, tergelak-gelak dia. abah ckp "menyesal plak x ikut". awww, terharunye dgr! =')

mak pulak, cakap ngan akak kat talipon,
"jaga abah baik-baik"
aduhhhhh sweet sangat!

xpe la, mak abah, seminggu je berjauhan, x lama =)
facebook addict

are you addicted to facebook?
i am. -.-"

apesal eik? aku cuba pikir balik nape aku suke sgt on facebook.
sebab benda2 ni kot..;


status updates
- boleh komen2, merepek2, & kekadang bleh tergelak sorang2 sbb komen tu mcm lawak. tapi bile xde org komen, aku delete balik status aku. haha, loser sey.
photo- bile org upload gambar, gi tengok. pastu tag tag sesapa yg ada. & komen2 merepek lagi.
stalk- meng-update-kan diri dgn gossip semasa. ;)
pet society- game ni sronok sbb aku suka beli baju utk pet aku.
social interview- buang masa jwb soalan x berfaedah. tapi suka skip soalan yg cam xbest


in conclusion, semuanya cuma BUANG MASA
kesian kat homework aku yg merayu-rayu minta disiapkan.


jadi,
aku nak boikot facebook selama seminggu!
starting from today.
so, aku akan on9 balik pada 8 December 2009
objektif: utk kurangkan addiction saja. tp fb tetap best. hehe =D

nak join? jom!
talented yuna
minggu lepas aku ade copy folder lagu2 yuna dari alifah.
saje je nak dengar lagu2 dia selain lagu 'dan sebenarnya'

baru beberapa arini,
aku try dengar.
SERIUS BEST GILE!
she's a frickin talented musician, memang best ah lagu2 yg dia compose. & suara dia pon sedapppp... & i looove her english accent. dia macam taylorswift malaysia.=)

cuba dengar:
after midnight
blue sands
polaroid
missing star
greek goddess

sape yg belum dengar, tolong dengar.
sokong la music tempatan. heheh =)

aku suka lirik lagu blue sands:
Oh blue sands, can you tell me if I'll ever be happy?
Oh blue sands, can I stay here forever?
Oh blue sands, I don't wanna go out there and pretend
Oh blue sands, can you make them understand?

And everything will get better if I stay for a while
And we’ll find another way to be happy one day
And everything will get better if you hold on for a while
And the sea come and sweeps us away from here

Oh blue sands, will I ever get to marry my handsome friend?
Oh blue sands, will he ever understand?

And everything will get better if I stay for a while
And we’ll find another way to be happy one day
And everything will get better if you hold on for a while
And the sea come and sweeps us away from here

Oh blue sands will I ever get to be like you.

I don’t hate you anymore (4x)

I don't hate you anymore for the way you remind me of the person I cannot be
Can you take me away?

diary
dalam byk2 novel yang aku baca..,
buku2 cecelia ahern, little black dress novels, novel2 alaf 21, etc, bagi aku,buku yg aku x pernah bosan walaupun baca banyak2 kali is..
my diary =)


bagi aku, life is like a novel.
sume orang jadik hero/heroin dalam kisah hidup masing2. hari-hari kita berlakon dalam cerita kita sendiri. & cerita tu, ditulis dlm diary.


cuba kalau esok,
ditakdirkan kita pulang ke Rahmatullah.
orang akan ingat kita sebagai imej yang kita paparkan masa kita hidup. baik ke jahat ke. & jasa yg pernah kita buat kat orang. kalau impak yg kita bagi pd org tu besar, maka kita akan diingati. tapi lama2 kita akan dilupakan jugak sikit demi sikit.


tapi, bayangkan kalau ko ade tulis diary.
1 day, orang jumpe diary tu, baca, & rasa kisah tu best. lalu kisah hidup kau pun diterbitkan atau difilemkan dari generasi ke generasi. bayangkan betapa kau akan diingati & nama kau akan disebut-sebut dalam buku sejarah. kan best?


jadi, nasihat aku,
tulis la diary.=)
permintaan terakhir aku jika aku mati esok,
cari la diari aku & publish buat novel.
tapi ubah nama2 yg ada dalam tu. ingat tau!


p/s: aku dah tukar lagu da!! anati, suke x lagu baru ni? hehe
tomorrow


esok cuti. tujuh minggu cuti.
& starting from tomorrow,
21 november 2009,
right after aku kluar pagar kyuem,
aku nak meninggalkan 4 bulan aku kat kolej ni. bye bye.=)

& aku nak,
sikit demi sikit,
ubah diri aku, pemikiran aku, & lain2 yg boleh aku ubah.
(klu boleh, nak turun lagi 5 kg. heheh)

& next year, 10 january 2010,
aku akan jadi eju yang baru.
dgn azam yang baru.
insyaAllah =D
doakan aku!
handsome
miss this lil guy so much.
comel kan? macam mak usu dia.
sape tah mak usu dia. comel gak kot.
heheh
unplanned trip
pada suatu hari, zully ajak amin, alifah, azman, harinn, & aku, pegi rumah pak teh dia kat kuala kubu baru.. pak teh zully jemput kitorang kat kyuem. dalam kereta, zully dok depan, kitorang 5 orang kena sumbat macam sardin kat belakang.

ini dia zully. hensem kan?

sampai2 je, trus makan durian. habis melantak, angsa pakteh zully tetibe je naik angin. tapi seb baik menatang tu x kejar sesapa. pheww. dah tu, jalan-jalan kat luar, ajak cousin zully yg bernama kira, 7 tahun tolong tunjuk jalan nak gi sungai.

ni kat jambatan. klu nak bunuh diri bleh datang sini.

si kira tu cakap sungai tu dekat je. sepanjang jalan tu dia cakap, "dekat je lagi dah nak sampai". haram jauh lagi sebenarnye. hahah.. boys cuba nak tackle kira, tapi kira x berminat. dia berminat kat aku. hehehe.. sorry, guys =P

ada chemistry. aku nak jodohkan dia dgn anak buah aku.

dalam beberapa minit baru sampai. lawa sey air sungai dia. jernih. kalah port dickson. haha.. masa panas2 tengah hari tu, rendam kaki dalam air sungai yg sejuk, memang nikmat gile..


bak kata harinn, air sungai mengalir lebat. kitorang ingat nak lalu jalan lain untuk naik ke darat. redah punye redah air sungai, air dah sampai paras lutut. so, kena la patah balik kat tempat memula sampai tadi.



macam dalam cerita hindustan, tetibe hujan turun dengan lebat. kena la berteduh jap kat satu pondok ni. adventur siot, macam geng bas skolah plak.

candid. sape tah yg snap gambar, x sedar pon.

pas hujan reda, kitorang pon balik rumah.. makan lunch.. smayang.. pastu, pakteh zully hantar kitorang kat tanjung malim. ade pasar malam. sorang pakcik ni jual penguin comel RM1 je seketol. murah gile kan? aku beli sekor, zully & amin masing2 beli 2 ekor.


macam tu la kisah kitorang.
boleh buat filem kot. macam best. =)
choose one
aku tengah search pasal 'friendship' utk IELTS presentation.
then, terjumpa la mende alah ni. cam menarik.


Hanger-Oner
kawan yg slalu nak berkepit dgn kau. dia baik, & kau selesa dgn dia, tapi kadang2 kau perlukan ruang untuk bernafas.
Frenemy
kawan yg agak baik dgn kau, & orang anggap kau baik gile dgn dia. tp realitinya, kau cuma pura-pura suka dia. sbb kau x suka perangai dia.
The You're-Cooler-Than-Me Friend
kawan kau yg hot. & kau rasa rendah diri bila kawan dgn dia sbb kau x berapa nak hot.
The Uglier-Than-Me Friend
kau kawan dgn dia sebab bila dengan dia, kau rasa kau cam lagi hot dari dia. ish3..
Wingman or Wingwoman
typical kawan yg menceriakan hari2 kau & menyenangkan hidup masa kau dlm kesusahan.
Homework Friend
kawan yg kau borak just pasal homework & studies je, x pernah nak borak pasal benda lain macam pasal crushes ke gossip ke.
Secret Bitches/ Secret Bullies
kawan yang nak kenal kau sebab nak cari kau punye keburukan so that boleh mengumpat belakang kau
Only-in-class Friend
kau cuma bercakap dgn dia dalam kelas, luar kelas pandang sepintas lalu je.
Family Friend
kau kawan dgn dia sbb parents korang kenal antara satu sama lain & bila cuti senang nak tumpang kereta balik sama2
Used-to-be-elementary-school-friend-but-don't-have-anything-in-common-anymore Friend
dulu korang kamceng gile ah. tapi tu dulu. sekarang masing2 dah ada geng sendiri, style sendiri, dah x ngam.




ni semua 10 jenis kawan dalam hidup kite.
kau yang mane?
choose one.

kecomelan



arini umar ade pertandingan menari.

semalam, umar practise skejap kat dalam bilik. tarian tradisional, berpasangan. ehem3, kecik2 lagi dah menari dengan pompuan. hahah..


pastu kaklong cerita kat kitorang sume
"nama partner menari umar tu puteri.."
"fuiyoo.." reaksi semua orang.
pastu, umar pandang je mak dia, & bisik kuat2.
" mama.. kenapa mama bagitau..."
budak kecik pun tau malu..hahahah..
neneknya pun cakap,"alah, budak kecik, takpe.."

_____________________________

pastu, kat dapur, aku try tanya balik.


"apa nama perempuan tu? lupa la.."
umar, "puteri lah"
aku, "rambut dia panjang ke pendek?"
umar, "panjang, tapi dia tak comel"



adehh.. x comel?? haha.. baru 5 tahun dah pandai bezakan comel/x comel. mentang-mentang la dia hensem.. takpe2, nanti aku didik umar supaya dia tidak melihat hanye pada paras rupa. hahah xD

*jgn baca post ni klu anda bosan sbb nanti jadi extra bosan.


harini aku gi skolah lama. ade speech day.


masa dekat nak sampai pagar skolah, aku rasakan debaran yg sama mcm debaran yg aku rasa dulu, sejak pertama kali aku masuk pagar ni. dub dab.. dub dab..

& masa nak parking, ada ramai juniors berkeliaran kat parking lot. & mase aku nak kluar kereta tu, sume orang cam usha aku dow. pastu kena serbu. malu malu malu! haha.. time tu, aku dah rase sedih dah.. sebab.. aku, bukan lagi dipandang sbg pelajar, tapi, bekas pelajar.


sedih.
5 tahun kat sini dah berakhir.
banyaaaak sgt yg dah berubah.
aku sendiri sdikit sbanyak dah berubah.

walaupun aku mungkin hanya 'another kys student', xde pape yg special pasal aku di kys, tapi.. skolah ni dah banyak mengajar aku. walaupun lebih banyak pahit dari manis, tapi, kenangan manis tu la yg sangat memberi kesan kat aku. kadang2 aku menyesal.. sbb.. aku x gunakan 5 tahun tu sepenuhnya.. sebab 1 peristiwa kecik, aku tutup semua peluang aku utk enjoy stiap saat kat skolah ni.


haih.

kalau la aku x masuk kys, mungkin aku bukanlah eju yg tengah type post ni skarang. aku mungkin jadi eju yang rosak. eju brutal. eju rempit. haha..

thanx kys

.


& i'm very happy to c u guys, titanz..
tp sedih, x ramai yg datang =(
head-nude
aku agak tertarik dengan post kat blog ARC yang bertajuk,
"Tudung Hanyalah Kain"

*sekadar gambar hiasan. lawa gile kan dia?*


aku bukanlah alim mana untuk cakap sal topik ni,
tudung aku pun x labuh,
tapi, senario skarang ni, aku tengok junior2 aku kat skolah lama pon ramai yang upload gambar x bertudung kat facebook. aku pon terfikir; diorang ni memang dah free hair ke saje letak gambar x btudung kat fb?


taktau la nape ade trend utk upload gambar free hair kat facebook/myspace walaupon di luar bertudung. tiada bezanya pon kalau x bertudung spanjang masa sebab helaian rambut tetap terdedah. lelaki boleh usha rambut panjang mana, curl ke straight ke. dosa sehelai rambut tu tetap masuk akaun. betul x? kalau salah, betulkan saya.


& ada seorang lelaki ni (nama dirahsiakan), katanya,
"nanti kau pergi UK, 1 day sure kau bukak tudung.tengokla"


tunggu la brape lama pun, insyaAllah aku akan kekal dgn imej bertudung sampai akhir hayat. & pergi overseas x bermaksud akan terikut budaya barat, ok..


hallucination
tadi mase kelas IELTS,
mr murali tunjuk slides pasal schizophrenia disorder & its symptoms.
antara symptoms dia; having hallucination.
something which u imagine u can see or hear, but it's not really there.

tiba-tiba aku teringat kat imaginary friend aku masa aku kecik.
aku sorang je leh nampak dia. dia annoying gile. tak abes2 nak kacau hidup aku. dia slalu muncul bile aku taknak dia muncul & dia slalu cakap benda negatif kat aku. macam bile mak aku marah aku, dia akan cakap yg mak aku dah x sayang aku lagi. sampai 1 day ni, aku nak lari dari rumah sebab kena hasut ngan imaginary friend tu. the last time aku jumpa dia masa darjah 3 kot. aku marah dia sampai menjerit sorang2. & semenjak tu, dia dah x datang lagi. bile fikir2 balik.., laa.. itu cuma imagination semata-mata. tapi serius mcm real.
& aku pelik sebab bile aku tanye classmates aku,
"ada imaginary friend ke x?". semua jawab takde.
selain tu, aku ade mimpi pasal seseorang ni, (orang yg sgt lain dari imaginary friend tu) yg aku xpnah kenal, tapi aku rasa comfortable bile dgn dia. & dia datang dalam mimpi aku occasionally. macam mimpi yg bersambung pada tarikh yg berbeza. pelik x? & serius aku slalu berdoa yg lelaki dalam mimpi ni btul2 wujud dalam real life.
haish,risau la plak. aku ade schizophrenia disorder ke?
or aku ni memang budak pelik mcm ape yg orang slalu cakap.
-.-"

wan nur anati
disebabkan atie tulis 1 post kat blog dia khas untuk eju,
ni, terpaksa la eju balas balik, dedicate 1 post khas utk atie.
hahah ;)



to my biggest stalker;
HAPPY 18TH BIRTHDAY!
may Allah bless u & may all ur dreams come true..

fuhhhhh gile bosan tgk muke atie bertahun-tahun. masuk2 kys je da jadi bedmate. dah la masa form 1 slalu gaduh.. haha..
malangnye nasib kte, tpaksa jadi dormmate & housemate for 5 years. ingatkan takat 2008 je, skali scholarship pon dpt sama! haha.. n secara jujur, 1 of the reasons kte reject JPA is sbb atie ckp "on personal gain, of course kte nak eju pilih pnb". serius owh ;) n sekali dah masuk sini pon, jadi housemate LAGI. chaletmate plak tu. haha..
& i want to say THANK U VERY MUCH for everything.

atie banyaaaaaak sgt tolong kte. like BANYAK SANGAT2! bile kte takut nak jalan sorang2, atie sanggup teman kite jalan jauh2. bile kte sedih/tension/happy/mood gedik/excited/frust, atie la tempat kte nak ceritakan semua benda. sbb so far, atie yg paling faham apa yg kte rasa kat sini. thanks!


& ucapan terakhir dari kawanmu yang best ni,
mengaku je la yg eju memang best.
kalau x, xkan atie suka stalk kte kan? hahah=P


kisah burger

minggu ni minggu exam.
makin stadi, makin lapar; so setiap malam kami satu chalet order burger. tengok je ar tong sampah tu, sampai penuh dengan plastik burger je.
1st night kitorang order burger ayam cheese special.
delivery sampai kat jalan raya je. so, kena gi ambik dalam suasana gelap tanpa lampu jalan. aku gi tunggu delivery ngan anati, sekali nampak ade satu lembaga ni, jalan sorang-sorang, slow-slow je kat tgh jalan yg gelap tu. cuakk gileee dow.. lagi-lagi, skarang ni sume tgh kecoh pasal kisah sekumpulan perogol terlepas di lembah beringin, & kisah hantu rambut panjang tanpa muka yg diceritakan oleh seseorang yg tnampak kat jalan raya ni jugak. dah ambek burger, kitorang lari lintang pukang balik chalet.
entah-entah pakcik guard. cis. penakut.
btw, lepas balik tu, anati cakap, "that delivery guy tu boleh tahan hensem doh". cis, aku tadi cuak sangat, x sempat nak usha. haha.. pastu, the next day, kitorang order burger lagi. aku pon excited nak pegi ambik sebab teringat anati cakap budak delivery tu hensem.
sekali motor delivery guy sampai.
dari jauh nampak hensem.
sekali tengok dekat2,
cis!! budak form 2 kot!!
haha.. mati2 kena tipu..
the next day, order lagi.
aku : hello, nak order burger boleh?
burger : boleh.
aku : nak burger ayam cheese empat.
burger : chalet L46 kan?
aku : betul!
waaa sampai boleh ingat nombor chalet aku. hahah..
p/s: fuhh panjang lebar aku membebel. sbenarnye
baru lepas exam chem. nak lepas tension =.="
new url

cermin muka
"cermin muka kau tu dulu la!"

xde sape tau betapa BESARnya ayat ni memberi kesan dalam idup aku suatu masa dulu kcuali aku & Tuhan.


& skarang,
bila aku tringat balik ayat ni,
aku pun tengok cermin.



& baru aku sedar.
yang selama ni aku cuma nampak eju.
tapi apa yg aku nampak dalam cermin, hari ni,
sambil teringatkan ayat tadi;
aku nampak..
a teenage dirtbag.


yeah, that is me.
screwed up
tadi ada practical exam- chemistry
pendek kata: TERUK!!!!


sebelum start experiment,
cikgu suruh rinse sume apparatus,
masa aku nak capai filter funnel, mende alah tu langgar measuring cylinder.

PANG!!!!

pecah seketul.
cuak punye pasal, aku kaku seketika.
"apa tengok lagi tu? kutip la!!" cikgu marah.

ok, boleh tahan sabar lagi.
next, sume orang da start wat experiment.
aku pon tak terkecuali.
bila aku nak angkut crucible yg baru lepas heat tu,

PANG!!!!

pecah lagi seketul.
masa tu memang dah down gile ah.
cikgu suruh ulang balik experiment.
sabar, eju, sabar.
muka dah merah dah, tahan nanges punye pasal

next,
experiment tu cakap;
kaler taik tu nanti tukar jadi yellow.
titrate punye titrate punye titrate.
tak jumpe pon kaler yellow???
ish. sabar lagi, sabar.

next,
dah abes experiment,
kena jawab soalan yg buat pecah pala otak.
jawab punya jawab punya jawab,
masa dah nak abes,
last 3 questions blum jawab,
5 soalan kat blakang tu, baru aku sedar, ada salah kira.
nak tukar, tapi nak jawab soalan yg belum siap tu.
last-last, dua-dua pon x buat.


hish.
dah dah.
lupekan.
next time, buat betul2. T.T

gewd news
O.M.G.
aku baru je tepon mak tadi.
& mak cakap,
"eju,nanti taun depan..
eju dpt 3 anak buah baru!"
yeay!! yeay!! yeay!!
aku xleh berhenti tsenyum skarang
=) =) =) =) =)
kakngah aku plak disahkan pregnant!
hepinye hepinye hepinye...!
so, nanti;
anak kaklang lahir december 2009
anak kaklong lahir april 2010
& anak kakngah lahir june 2010
waaa ramainyeeeee =D
nak baby pompuan lak ^^
aku janji
aku janji dengan diri sendiri,
dgn blog ini sebagai saksi;
bahawasanya,
aku akan...
(jeng jeng jeng)
berusaha keras &
blajar bsungguh-sungguh
tahap separuh mati
untuk dpt keputusan AAAA dlm upcoming exam ni nanti,
& dapat markah bapak gile jauh lagi tinggi
dari orang yg selalu pandang rendah kat aku tu.
tau la dia hebat, tapi xyah la pandang rendah kat aku kan.
ni yang aku geram nih. ish. cubit kang.

so, eju, stadi la betul-betul.
tunjuk kat dia yg u can do better.
biar dia tau siapa eju yg sebenarnya.
superman? batman? ultraman?
oh tidak.
eju jauh lagi terer dari mereka.
go eju! go eju! o yeah! o yeah!
=D
a LOOONG week
seminggu ni terasa panjaaaaaaaang sgt.
banyak peristiwa jadi minggu ni, yg aku xkan lupa sampai bila2..
ada peristiwa pahit, ngeri, & manis =)
_________________________________________________
peristiwa pahit:
chalet kena rompak.
xdela pahit sgt, sbb bilik aku x berjaya dikopakkan oleh si pencurik, cume tombol aku rosak. tp yg xkan aku lupa, kitorang empat2 chaletmates duduk dekat2, bincang sal pencurik tu smpai menggigil-gigil sbb takut. hahah..
_________________________________________________
peristiwa ngeri:
derma DARAH
sangaaaaaat ngeri, okay!!! memula tu, aku yg over excited ajak sume orang derma darah. sekali da sampai kat tempat tu, trus rasa nak cancel niat aku. tapi, atas desakan jannah & asri, aku cuba je la teruskan dgn niat derma darah. haha.. memang aku x tengok langsung jarum & darah aku. ngeri doh!! hish. pasni taknak derma darah lg. haha
___________________________________________________
peristiwa manis:
semestinya, cultural performance
minggu ni adelah minggu final preparation for CP. memang sangaaaaat penat. penat sbb banyak keje props yg kena wat, plus, otak ni asyek risau dok fikir nak settlekan everything by friday. tp alhamdulillah, kami berjaya! o yeah, o yeah! & CP 2009 tlah diiktiraf sbg the best CP in kyuem history. =)
tapi, sedih skit sbb aku tpaksa duduk kat backstage. dah la xdpt tangkap gmbar props. huhu.. tp xpe, cp tetap best. usaha batch 12 berminggu2 ni, memang berbaloi ar. weeehooo! & beribu juta terima kasih kpd backstage crew yg x pnah merungut bila tpaksa jadi backstage crew. hahah =D



deco team.
tiada dlm gambar: farah, mariam,maisara, saara, judo, hannan, fawwaz, & ramai lg yg kadang2 menolong =)

& x lupe gak, apek, working partner yg bagus & efisien. dulu, aku ade gak keje ngan beberapa orang, & diorg agak lepas tgn & tinggalkan sume beban atas aku. tp, apek ni kira bagus r sbb dia komited. thanx, pek!

huish, x lama lagi exam nih. doakan aku! =D

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino